"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"

Wednesday, June 22, 2011

Tips Kebahagian RumahTangga

Assalamualaikum

SEMUA pasangan mendambakan rumah yang aman damai ibarat syurga tanpa gangguan dan ketakutan. Segala kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan, suka dan ceria terangkum dalamnya. Hal ini dilukiskan dalam sebuah harapan, ‘Rumahku Syurgaku’.
 
so,kepada korang2 semua meh aku kongsikan sikit tips untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga...walaupun aku baru 5 bulan mendirikan rumahtangga..
muahahaha..xsalahkan nak kongsi benda baik nih..
semuanya ada 8P::

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. 

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. 

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan. 

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing. 

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. 

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain. 

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

tips dari seorang ilmuan pula:::
 
kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.



biasalah kadang2 hidup di alam perkahwinan ni..sedangkan lidah lagi tergigit ni kan pula suami isteri..lagi la sengaja nak gigit2...muahahaha


utamakan isteri anda!!!muahahahaha...
ambik gamba pun bagi nampak muka bini ja...laki xpenting untuk tatapan orang laen!!!




P/s:::semoga BoO cepat sembuh dari demam dan sakit gigi...huhuhuh..

No comments: