"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"

Saturday, January 29, 2011

Ya ALLAH peliharalah kami.....

ari ni masuk ari ke-4 aku batuk...batuk...dan batuk lg...
tp kuatkan jer semangat...tp xleh bygkn lak dok bersanding atas pelamin dok tebatuk2...
huhuhu...tamaw2...sedih...

blik pg td terus siap2...xrest langsung...sbb nk p umh mertua aku utk jemput mkn kenduri nti..
bila dh smpai aku dgn selamba bt mcm umh sendiri...nasib la mertua aku pun sporting ja...hahahaha
plg kecian laki aku jd apa ntah bintik2 penuh badan..campak kah????...ohhh nooo...
tp katanya xrasa nk demam pn...cuma gatai2...ujian apakah ini...peliharalah kami Ya Allah dari segala penyakit..
semoga majlis perkahwinan kami berjalan dgn lancar...

yg paling best dpt rantai tgn baru...hehuuuu...tiba2 kena jd mami jarummmmmmmm....poyo baru besaq bulu mata ja tu...ada lg balence duit mas kawen...simpan2 beli rantai plak...heheheheh
dan sampai sekarang aku blm sempat berehat lg....sbb balik dh kena siap2 mai keja plak...
letihnyaaaaaa...syg nasib ada kamu...saya syg kamu ok!!!dunia akhirat!!!
ahahah...mcm aku sorg ada laki...ada aku kesah....laki aku...hohoh..


ok2...sudah penat menaip sambil terbatuk menahan perit di tekak aku...
nti tunggu update terbaru resepsi majlis perkahwinan aku kkkk...
cewahhhhhh...poyo mcm glam sgt...majlis pn ala kadar...kahkahkah
pejam mata bayangkan mcm ayu raudhah dgn zaquan ja nanti...buleh tera tu....
tunggggggguuuuuuuuuuuuu tau................daaaaaaaaaaaaaaa.........uhuk3...

Friday, January 28, 2011

Wahai Lelaki, Hormatilah Isteri Awak!

Dulu lain sekarang lain.. Dulu bujang sekarang dah kawin.. terkenang bait-bait lirik lagu nasihat Tan Sri Dato' SM Salim.

Merujuk kembali kisah pernikahan, perkahwinan zaman sekarang banyak pasangan semasa muda-muda lagi ada yang baru berkahwin dah berpisah, bercerai berai disebabkan oleh kasih sayang antara mereka yang tidak erat. Kenapa?

Jika difikirkan banyak faktor yang menjurus ke arah keruntuhan rumahtangga antaranya kurangnya ilmu serta pengetahuan agama serta keikhlasan dalam menempuh alam perkahwinan itu sendiri.

Begitu juga faktor dalam menjaga hubungan suami dan isteri agar keharmonian rumahtangga terpelihara tidak diambil kisah.

Suami memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin dalam memastikan perjalanan dan keperluan kehidupan itu dipenuhi sebaiknya.

Tidak dinafikan ada waktu-waktu suram ketika bersama namun itu tidak patut menjadi halangan kerana ianya membantu mematangkan kehidupan pada masa akan datang.

Buat si suami anda memang raja tetapi berilah penghargaan dan hormatilah isterimu selalu.

Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu.

01.Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

02.Bila isteri bercakap,pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.

Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

03.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

04.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

05.Kalau pasangan dah ada anak,sama-samalah menjaga anak.Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

06.[B]Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja[/B], buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.

Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

07.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

08.Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu,kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.

Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

09.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10.Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..

11.Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..

13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.[B]Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain.[/B] Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18.Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri,tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.

Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21.Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.

Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka.

Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23.Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.

perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.

Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa sahaja.

Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya.

Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah dalam keluarganya.

Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam keluarga. Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina.

Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga.

Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai.

Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga yang lain.

Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang telah diunjurkan dalam al-Quran dan Sunnah.

Petikan Yadim - Sakinah: Bahagia Sebuah Keluarga

Thursday, January 27, 2011

suara bak Ella...

sakit tekak makin teruk....sgt ok...
batuk xberenti...
gula2 hacks dah berbiji2 aku telan nk ilangkan rasa gatal kat tekak nih...
antibiotik pn dh telan...activefast pn sudah...ayaq masak toksah cite...bergelen2 dh(tipu2)
suara pn dh mcm nk xnk ja kuaq...haishhhhhhh....
kenduri makin dkt...hah  bt dh...
penatnya...dh la masuk mlm...ta smpat rht!!!!
patot la org ckp kenduri letih!!!!
pg td awl2 buta dh kuaq shopping baju kat abah...
pastu beli brg utk doorgift konon...
terpaksa walaupun kepala mcm nk pecah...
tekak terasa sgt perit...

sok pg2 nk kena p tgk umh utk disewa....
UMAH SEWA????
yakinkah!!!bolehkah!!!!
aiyakkkk...cam mimpi ja dh ada famili sendiri...
nk dok asing dari mak&abah...huhuhuhu...sedih....
laki aku???pn sama...
mcm berat ja nk tinggalkan famili dia...dia kn abg sulung...
abeh aku ni...kan bongsu..huhuhu
tp utk kebaikkan bersama aku rasa sgt PERLU duduk berasingan...
suamiku jom la kita blajaq2 idup berdikari ye....
selamat datang ke dunia baru...:)

Mood : hepi + keliru + xcaya + xbersedia + takut + sedihhhhhhhhhhhh sgtttttttttttttttttt.......


Wednesday, January 26, 2011

DEMAM

Tekak terasa perit seperti di gores2 dan menang....uhuk3..
terpaksa minum ayaq limau suam...ish..ish..ish
batuk..batuk...dan batuk lg.....
dh dkt2 nih mcm2 lak...
haishhh...xbek kan Allah bru nk uji skit dh nk merungut2....

ubt????oh nooooo....
i very3 dunt like it.....
ahahaha...cmna nk ok....
mencegah lebih baik dari mengubati
jadi dh telambat utk di cegah layannnnnn jela batuk dan sakit tekak ni....
dgn senyuman manis dan rela hatinya aku...bersyukur
Alhamdulillah......:-)

Sunday, January 23, 2011

UPDATE KALI KE 4~PC NGOK!!!!

ahhhhh....sgt benci!!!!xlarat dh asyik heng ja then ilang aku punya entri....
cite lg...cite lg....cite lg....penattttttt nk update benda yg sma!!!! 



yg kat atas ni masa sampai penang island...1st person kami jumpa kogee&mie...bg kad walimatulurusssss....hah btoi ka aku eja nih...janji korang paham no...
yg bestnya dia dh ada isi...pehhh...mie mmg terer lah...hahaha....tahniah2...

makanan wajib kat penang...

roti Hong Kong...

penggemar nasi kandaq...
 breakfast pg mcm besa la...laki aku kalo p penang mesti nk lantak nasik kandaq...wajib!!!!nasib tekak aku pn dh serasi dgn menu 2....aku???roti jer sbb msh dlm fasa berdiet..eheheh...konon...

mendapat NUR...kahkah...dok tunggu laki aku bog angin keta tgh2 panaih...

kat carwash pn jd reja....hahaha

gediks kn..sejak2 jd blogger ni suma benda nk snap....

ha tgk 2 dia syiok....sbq jela....
 pas mengedar2 kad otw balik sempat la gak kami p soping moping brg utk wedding...kedai masyaAllah dh mcm factory...tgk bunga sampai muntah...ronda2 sampai lebam kaki...ahahaha...blh byg x???last2 xbeli pn...laki aku ckp byk sgt la rambang mata nti p kedai kecik skit la...buleh centu????redha jelah...
muntah2 pn habeh jugak rm500++....huhhhhhh....ruginya sebab terlalu leka pilih2 brg sampai ter alpa nk amik gambaq..ayat xleh blah...
dh pnt2 habeskan duit...laki aku merengek2 nk tgk wayang sbb pnt dh jln kat kedai 2...ahahaha...
sbenaqnya kami ni mmg kaki wayang...pantang lalu kot panggung terasa gatai ja kaki nk menyinggah...ekekeke

sebelum tgk wayang dan lg pakcik nih...
apa2 pn sgt seronok...hahaha....berjln2 bersama suami tercinta!!!!mcm org len xdak ja......wekkkkkkk


Saturday, January 22, 2011

Al-Fatihah~semoga roh ATUK dicucuri rahmat~

Al-Fatihah semoga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...
terasa jgk kesedihannya...walaupun aku ta rapat sgt dgn dia...sbb jarak kami sgt jaoh...aku di kedah atuk di selangor..
hukhukhuk...frustnya ta leh balik tgk dia...mcm cucu derhka pn ada...
pesal la sblum mak ngan abah balik td aku ta tepk nk kol HR ckp nk unpaid lif ja...
dh smpai ofis baru igt..perlukah???dh terlambat...sengal tul la...
aku doa kan semoga segala urusan pengebumian berjalan lancar....

Wednesday, January 19, 2011

Kisah Suami Isteri..

ceh...cam poyo je title kan..masih ciwi ngan gelaran baru...ahahaha
sebenaqnya nk stori 1st filem yg kami p tgk sebagai suami isteri...


sgt best bg aku la walaupun aktor & aktres dia aku xminat pn..hehehe...tp slot2 jln cite dia blh thn la..
byk babak yg suspen..fuhhh...mcm nk luruh jantung kot...laki aku toksah dok cite la...mengalahkan aku lak ketakutan dia...ahahaha...tetiba diri ini terasa gagah...ok2..dh mcm wartawan hiburan plak...
apa2 pun aku bg 4 bintang untuk filem ni sbb berjaya bt aku terkejut byk kali!!!...huh!!!!

Tuesday, January 18, 2011

kisah berINAI...hahaha

sehari sebelum majlis aku yg gilang gemilang berlansung...wahahaha...wat mcm meriah la sgt majlis aku...
org tua2 dulu kalo pengantin dh xleh keluaq p jln2 rata dh...kami???hahaha...siap p berinai..ari 2 gak la nk
beli segala mcm brg2..songkok la..tudung..buah...haish..byk la pulakkan...hahaha
tp sgt best walaupun incik hubby aku tgh gementar!!!!

inilah hasilnya sejam selepas tgn aku di lukih2....

design yg tersimple yg aku pilih...hahaha

yg atas tu tgn adik ipaq aku...motif nk tunjuk design kami len2 ja...hahaha...nti nk wat lg lah....

tadaaaaa....inilah hasil lukisan kak ella...

laki aku pn pakai jgk...hahaha...amik berkat konon...

okeh...setakat ini saja bebelan aku setakat ni...hahaha...tunggguuuu new entri....hahahahaha.....
saja nk wat suspen...sbb dh xda benda nk stori...ehehehe....

Monday, January 17, 2011

~Kekasih HALAL ku~

Alhamdulillah selamat sudah aku bergelar sebagai ISTERI kpd MOHD FADZLI b DZULKIFLI di usia aku mencecah umur 25 taun tepat pd 15 JAN 2011!!!!.....ahahaha
kredit utk incik hubby aku sbb skali lafaz ja....hehehehe..leviu....

Mrs paly...oke???

sgt hepi...xtaw nk kata pa.dh mcm2 kami lalui sepanjang 7 taun nih...akhirnya inilah hasilnya....terima kasih YA ALLAH...tiada yg lebih bermakna dan berharga bagi kami..
ehem2...mls nk cite byk2 korang tlg la lyn sendiri gambaq di hari bahagia aku nih...eheheh
sapa yg solo molo lg buleh pakat amik aura sikit2...ahahaha....






keluarga baru aku!!!hehehe

abah & mak kesayanganku...


waktu yg mendebarkan...huhu

adik ipar dan ibu mertuaku...



my bestie fren!!!
yayunk!!!

dayang2 ku...wekkkk

yg bwh ni cameraman professional punya...patot la sempoi kan...ahahahaha
tima kasih my cameraman!!!nk booked bg taw saya na...ahahaha...tlg promote lagik...




lastly terima kasih kpd suma yg menjayakan,yg terlibat dan yg telah menghadirkan diri di hari bersejarah aku....


P/S : doakan kebahagiaan kami kekal di dunia dan akhirat!!!aminnnnn

Tuesday, January 11, 2011

akibat terlalu BOSAN

mesti korang penah rasa apa yg aku rasa nih...
sgt bosan!!!tgh keja tp xda keja..hah..gila!!
pdn la gaji pn xnaek2..keja pn xda...hadoi la...

starting aku jd mereng...hahaha





tahap dewa punya boring dh nih...

ha ni la keja aku yg plg relax kot...dok tgk je benda alah nih sampai rabun!!!hahaha
aku sokong sgt kalo acc FB ni di shutdown kan bln mac nih...ahahaha...jgn aku lak kena resign suda...


tp disamping tu aku pn sambil menyelam minum air...kuang3...sebelah FB tuttt...sebelah lg FB aku..kahkahkah...tlg bijak skit na..pandai mencari peluang yg ada...kalo xbt cetu boleh keras keja 16 jam nk tgk benda alah tu ja...hahaha

bukti2...hahaha

meh nk zoom sikit...keh3

ahhahaha...ni lah akibatnya kalo terlalu bosan pagi2 buta pukoi 5.13 am pn jd keja dok mengarang entri nih...korang bole???xbole baca ja aku punya entri..wahahaha....

Monday, January 10, 2011

StrEeS La sGt..

hah..mlm yg sgt xbest walaupun dh last keje mlm..
pasepa lak dok wat strees kat aku...aku ni xdak perasaan ka???
haishhh...mieza..sbq2..
nk ja aku fire ckup2..kalo dh strees bt cara strees...igt org xreti strees ka..
mcm nk kawen sorg2..lantaklah..janji dia bahagia dgn dia punya strees!!!
haku malas dh...okeh!!!
mana dgn baju ta siap lg..xguna punya tailor 2 alam!!!

dh malas nk mencarut pasai nih...
apa pn xdpt...
pasai dh malas sgt nk kata pa...
nk juga memujuk hati yg lara nih...jom nk tunjuk kat korang gambaq yg tak penah di publish
hahaha...sbb aku rasa ini gambaq yg terburuk dlm taun 2010...
amek kau...dh geram sgt la nih...hada haku kesah!!!
buruk xburuk nah tgk jugak!!!


sekadar gambar hiasan saja...yaka!!!rasanya kalo btl2 lg ganas kot..hahaha...al maklumlah..aku ni bkn gadis ayu yg berjln terkepit2 sopan santun..ckp berbisik2 lemah lembutnya ataupun senyum tersimpul2 malunya...ceh...xkena dgn jiwa kot..kalo dpn org yg baru kenal mungkin pelu sedikit lakonan..hahah..hipokrit sat...lama2 maw taw la...itulah kenyataan yg harus diterima!!!


ha ni contoh lakonan yg xmenjadi...kononnya nk wat mcm romantik gitu..ala2 cite TITANIC..
tp hasilnya mcm TONIC...kahkahkah..nampak sgt kami ni bkn romantik mcm romeo n juliet..hahaha


ini adalah kenyataannya...hah...xsuka selalu dibuli...aku ka dia yg selalu dibuli..hahaha


poyos ja mamat nih...hahaha...suka wat memek muka yg pelik2..haish...nasib nk jadi laki aku..
kalo baru kenai kompom dh kena reject awai2..kakakaka...


alamak baru kutuk2 aku pn sama ja...patut la ada jodoh..hahaha...pasangan pelik dan gilos2..
ni gambaq plg buruk..hahaha...toya betoi la..dan dia snap..aku igt maen2 ja..adoiya...


hah sorang mcm xcukup oksigen sorang mcm dok tahan kencing...
ha elok sgt la mmg pdn hampa dorang!!!

ni lg...comeikan..hahah...saja nk sedapkan ati sendiri..muka cam cekodok ja..lalala

yg aku suka!!!sbb muka aku masih di tahap yg boleh dibanggakan...hahahaha...
dia ja yg buruk..kahkahkah..tp enviroment kat situ sgt best kalo nk outdoor...fresh jer...
sapa dok area penang bole la..hahaha...

okeh sekarang strees aku dh sedikit kurang...thanks to my blog!!!melayan karenah aku tanpa rasa jemu...hahaha...kalo xda ni dh sah2 aku dok sumpah seranah dlm ati ja..kalo dh jd laki aku dh tentu2 bertambah saham aku kat neraka 2...ya Allah...mintak simpang la...




P/S-mintak ampun kalo terkasar bahasa ye abg...saja nk melepaskan bara yg tersimpan...wah mcm tajuk lagu...hihihi..saya ni insan yg lemah!!!wekkkk