"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"

Friday, December 28, 2012

Susu Kambing + Kurma..yummmmyyy!!

Assalamualaikum =)


Alhamdulillah percubaan pertama minum susu kambing fresh+kurma tiada sebarang kesulitan..sedap okey!!klo tiaptiap ari pon layan dah macam milk shake..hewhewhew..siap ada float lagi haaaa...semoga usaha kami membuahkan hasil..amin..meh nak kongsi cara-cara buat milkshake tu..actuallay aku pon cari kat pakcik google ja..hehaaaaa...

  • Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji (selawat,niat)
  • Kemudian,buang biji kurma tu
  • Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
  • Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas
  • Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup
  • Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.(ni blom lg,nak amalkan susu biasa ja kot ;p)

 Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA

okey next mission sedang berusaha mendapatkan debunga kurma dan pati delima..dan sekarang aku start ambil madu+air kosong tak kira waktu..madu kan penawar segala penyakit yang penting nawaitu =)..In shaa ALLAH..ALLAH suka kita meminta-minta kepadaNYA..





P/s:: Redha dengan ujian ALLAH..In Shaa ALLAH kita akan lebih tenang.. *publish*

Monday, December 17, 2012

Ikhtiar.Doa.Tawakal..In Shaa ALLAH

Assalamualaikum =)


Hari ni terpanggil nak berkongsi cerita setelah hampir 2 tahun perkongsian hidup bersama suami tercinta Mohd Fadzli B. Dzulkifli..15 Januari 2013 In Shaa ALLAH cukup 2 tahun usia perkahwinan kami..Alhamdulillah jika di izinkan Allah =) walaupun belum punya rezeki untuk menimang cahayamata..buah cinta..zuriat hasil cinta kami namun aku sangat bersyukur kerana suami sangat memahami..keluarga yang sentiasa memberi sokongan..kawankawan yang sentiasa menyokong aku dari belakang..Alhamdulillah itulah yang menguatkan aku untuk tidak terus berhenti berharap dan terus berusaha sehingga mendapat hasilnya..siapa yang mampu untuk melawan takdir dan kuasa ALLAH Taala..


Aku tak lah sekuat besi..tapi aku tidak akan pancarkan kelemahan diwajah aku untuk dilihat oleh suami..kalau aku lemah agaknya dia akan lagi lemah dan berputus asa..siapa yang mahu menuding jari menyalahkan aku??meh nyatakan hujah didepan mata hidung dan kepala aku..siapa yang mahu menyalahkan suami..meh aku hujahkan segala jerit perih yang kami lakukan untuk mendapatkan buah cinta kami..namun apa daya kami sebagai makhluk Allah yang kerdil untuk melawan kekuasaanNYA..masyaALLAH..inilah yang menguatkan lagi kasih sayang dan cinta antara kami..itulah antara HIKMAH yang ALLAH beri disamping dugaan yang melanda..


Untuk pertama kalinya sewaktu usia perkahwinan kami hampirhampir menjejak 6 bulan aku memberanikan diri bersuara kepada suami untuk berusaha gigih bagi mendapatkan zuriat..langkah pertama kami berURUT..1st time jugak aku belajar bahasa bidan kampung..masalah yang aku hadapi "Pangkal Rahim Tinggi" aku yang masih baru cuma mengangguk bila bidan tersebut bercerita tentang masalah yang dihadapi..air kelapa sebagai penawar..harapan diberikan membuatkan kami yakin tetapi tidaklah sampai terlalu taksub..sebulan masih belum berhasil..bulan kedua kami masih berjumpa bidan tersebut..masih sama..bulan ketiga semakin tinggi harapan yang diberikan namun aku semakin berputus asa kerana hasilnya masih sama..aku memberanikan diri memberi cadangan kepada suami untuk menghentikan urusan bersama bidan tersebut dan akan meneruskan rawatan di klinik swasta sahaja..


Rawatan di klinik swasta lebih menyakinkan kerana segala masalah dan keputusan tertulis diatas kertas..terlihat di screen scanner..pertama kali aku berjumpa doctor..segala masalah aku kisahkan..doc syorkan aku membuat test blood untuk melihat tahap kesuburan aku..selepas seminggu keputusan keluar dan aku diberitahu tahap kesuburan aku sangat rendah -2..untuk wanita normal -22 keatas...terpukul aku mendengar penjelasan doc..aku dibekalkan asid folic dan clomid untuk cycle seterusnya..dalam perjalanan pulang kerumah awan mendung dah tak terbendung..air mata jatuh tak tertahan lagi..MasyaALLAH sungguh besar dugaanMU..mungkin tidak seberapa korang rasa tapi bila terbayangkan wajah suami memang sebak sangat..untuk pengetahuan semua rawatan ni pada mulanya aku rahsiakan dari suami dan jalankan seorang diri..kawankawan tempat aku mengadu..rawatan berlarutan sehingga cycle ke 5..bermakna 5 bulan aku berulang alik test blood,telan ubat,kira tarikh subur..berat makin meninggi disebabkan ubat hormon..(anak..jika kau terbaca blog ibu ini suatu hari nanti sila terharu pengorbanan yang dilakukan untuk mendapatkan kamu dan jadilah orang yang berguna dunia akhirat kelak) appointment terakhir aku di klinik berakhir bila aku bersama-sama suami berjumpa doc tersebut untuk mengambil keputusan test blood seterusnya.. -2.5 ..padahal cycle sebelumnya result aku sudah ditahap normal -23..suami berang mula bertanyakan soalan bertalu-talu kepada doc..aku cuma mampu menyeka air mata dari jatuh ke pipi..lebih menghampakan bila doc tu selamber je cakap "sepatunya result ni tak boleh turun balik sebab dah masuk cycle ke 5 ambik ubat,so i decide kita follow result yang lepas -23" nampak sangat kecuaian dari pihak pengetest darah kan!!suami aku berhujah dengan doc tu "so doc!!result before ni u sure ke betul??" then doc tu suggest untuk test sekali lagi..memang takkkkkkkkk la kan..kami keluarkan duit beriburibu bukan untuk kesalahan ini!! iti kali terakhir aku jejak kaki di klinik tersebut..


Kembali mendapatkan rawatan tradisional yang dicadangkan oleh sedara di kampung..yang mengejutkan bila kami sampai di tempat yang dinyatakan situkang urut seorang LELAKI..suami mula tidak senang namun hajat diteruskan..niat kami untuk berubat dengan harapan berhasil..rawatan dimulakan dengan tukang urut tersebut mengarahkan suami aku berbaring dan dia mula memegang perut suami seakan-akan scan lagak gayanya..tak sampai 3 minit aku kira sampailah giliran aku untuk discan :P..tanpa meminta izin dari suami dia mula memegang perut aku..kali ni agak lama..yelah aku yang nak mengandung kannnn...muka suami merah padam menahan marah barangkali..aku tidak mahu berprasangka buruk semasa proses rawatan..aku diberitahu "pangkal rahim tinggi" sama dengan bidan pertama yang kami jumpa..terdetik dihati mungkin ada betulnya..sebelum balik aku dibekalkan air penawar barangkali..dan diberitahu untuk melakukan rawatan susulan untuk bulan seterusnya..tapi!!! rawatan kami berakhir di situ saja kerana suami tidak izinkan aku meneruskan rawatan tersebut..dia lebih prefer aku mendapatkan rawatan dari bidan perempuan..kalau 'A' kata suami "a" jugalah aku terpaksa akur..selamat tinggal tukang urut lelakiku =)


Ikhtiar aku tidak terhenti di situ..hasil maklumat dari ofismate aku supaya berurut di Changlun bidan temurun katanya..hari pertama macam scary jugak..haha..macam biasa harapan terus menjadi harapan..selesai di urut dia memberikan harapan setinggi gunung..ermmmmm..aku sudah bersedia fizikal dan mental..air minuman yang sudah dijampi diberikan beserta beras..beras?? ya beras..beras segenggam dimasak bersama air yang dijampi..kepal-kepalkan setelah masak..makan sorang 3 kepal bersama suami..sempat jugaklah kami makan berkali-kali..3 pagi berturut-turut berurut..bulan seterusnya masih berurut..masuk bulan ketiga aku stop..sebab give up barangkali..tiada lagi urutan dipagi hari..tiada lagi nasi kepal..Allah masih menguji kami..ALLAHUAKHBAR..


Sewaktu MIL dan FIL mahu mengerjakan umrah akulah manusia paling kalut memberi pesan supaya mereka tidak lupa berdoa untuk kami di depan kaabah..dan menitipkan buah zuriat untuk dibawa pulang selesai umrah nanti..mungkin Allah suka melihat kami berusaha bersungguh-sungguh maka ujian diberikan tanpa noktah..


Setelah perkahwinan menjejak usia setahun setengah suami bertegas mahu mendapatkan rawatan di specialist..aku akur sekurang-kurangnya dia masih mahu berusaha tanpa rasa jemu..temujanji pertama..doc pakar perbidanan..aku discan untuk melihat masalah yang menjadi punca kesukaran untuk hamil..kali ni lebih berpuas hati mungkin kerana bayarannya jugak agak lumayan!!masalah berpunca bila period aku yang tersangkut-sangkut..dan doc memberikan ubat untuk melancarkan period..1st time period macam orang gugur..sakit..ya ALLAH baru period belum beranak..mc dua hari..bayangkan sendiri senaknya bagaimana..sumpah tak penah rasa sebelum ni..clomid ambil sekali lagi 3biji sekali telan dos yang paling tinggi disyorkan..after 10 day period temujanji kedua dan sprem suami dihantar ke makmal..scan sekali lagi..kali ni menggunakan rod..ikut bawah..memula macam erkkkkk..malunyaaaa..nurse tu selamber cakap "buang seluar then baring..buka kai luas-luas..ok fine!!macam nak larikkkkkk laju-laju...bila dah start scan doc explain aku dah mula cool..doc cakap dah bersih tiub aku cuma ada macam sampah sikit-sikit lagi..doc suntik ubat hormon dan memberi masa yang sesuai untuk bersama suami..hasilnya lihat pada bulan seterusnya..kalau still -ve doc syorkan aku cuci sampah-sampah yang masih tertinggal..ngeri ok!!ku sangka panas hingga kepetang rupanya hujan di tengah hari..aku period untuk bulan seterusnya..disebabkan takut akan perkataan cuci so sampai harini aku belom membuat temujanji seterusnya dengan doc tu..guess what itu adalah kali terakhir aku period..mungkin gangguan hormon disebabkan suntikan yang diberi..UPT??dah dua kali still -ve..so aku decide biarkan ja..aku try LUMIGLOW untuk stabilkan period..tapi still sama non hadoooo..aritu aku bagitahu nak check before pegi medan..tapi tak jugakkkk..hahah..dasar penakut..semalam suami dengan nada tegas warning aku "Jumaat ni sila cuti kita pegi INS check up,klo perlu cuci kita cuci" "klo rezeki Alhamdulillah"...aku "???"cuakkkkkkkk...so kalau korang nak tahu keputusannya..wait for da next update..


So korang rasa??aku belum cukup berusaha kah??berat dah naik 10kg lebih kot..asyik telan ubat hormon ja dan tak semena-mena selera aku pon bertambah..nasiblah belum sampai tahap orang lalu pon aku tangkap makan..hohoh..ganas tak selera aku..sesapa yang bermulut longkang pas ni aku lempang ja..huhhhhh..mungkin betul pesan MIL aku...muhasabah diri mungkin ada benda yang takbetul kita buat sebelum ni..=) Alhamdulillah mama seorang yang sentiasa positif..mana ada perempuan yang tidak mahu memberikan zuriat kepada suaminya..hati mana yang tak pedih bila soalan yang berbaur perli diajukan..hati mana yang tak sedih bila kita dibandingkan dengan orang lain..ALLAH saja yang tahu..hati siapa yang tidak sebak bila selesai solat berjemaah suami berdoa seikhlas hati agar dikurniakan anak yang soleh dan solehah dunia & akhirat..huhuhuh..


untuk suami:: maaf abang jika perkara ini membuatkan kamu sedih dan merasa tersisih..za kuat sebab adanya abang yang sentiasa memberi semangat dan mencurahkan kasih sayang tanpa rasa jemu...In Shaa ALLAH usaha kita akan membuahkan hasil..ini cuma ujian kecil untuk kita..semoga kita tabah dan tidak berputus asa untuk terus berusaha dan berikhtiar..saya sayang abang hingga hujung nyawa =)..sesungguhnya ini tidak mudah bagi za sebagai seorang wanita dan isteri untuk sentiasa menjadi ceria dan gembira dihadapan suami untuk menghiburkan suami..




Gula hatiku =))






p/s:: apa yang dilihat dari luaran tidak seperti yang dibayangkan..jangan berhenti berDOA,Ikhtiar dan TAWAKAL..In Shaa ALLAH ada jalannya =) keepcalm and think positive

Sunday, December 16, 2012

Terima kasih Abang =)

Assalamualaikum..




sekarang nak update entry pun ciput2 je sebab gambaq takleh masuk bebanyak tah apa la penyakit blog aku ni deactive kang padan muka aku haaaaaaaa...dah takda kenangan kang...nak??nak??nak??
ok lari topik..hahahaha..terima kasih untuk BoO sebab belikan mee udang sungai dua..hahah..susahsusah je kan..i love u jutajuta lah..
kebetulan je dia outstation kat Pulau Pangkor dua hari..leave me alone..time cuti lak tu!!hishhh mogok jugak kang kalau kerapkerap camni!!nasib pandai pujuk rayu i..hahaha
sebelum ni penah makan sekali time pegi Perak tu..so jadi ketagihan..tidaklah seperti ketagihan dadah tu..aku ketagih nak makan udang dia ja..hahaha..besaq penyepak ok!!
tak percaya??
ok fine!!



 pemakan memanglah lebih besar dari udang..haishhhh



haaaaaaaaaaaaaa besaq tak??besaq penyepak baby laaaaaaa...hewhewhew



Thanks BoO sayang...perfect!!cewahhhhhh budjet komen macam mastercheff selebriti pulekssssss...


okbai =)







P/s::makin hari makin sayang..hewhewhew

Tuesday, December 4, 2012

Motivasi Diri =)



"Rezeki tu kadangkadang cepat diberi cepat ditarik balik"
"Lambat diberi lambat ditarik balik"
"Kadangkadang sebaliknya"
"Aku redha"
'Walaupun belum menjadi nyawa aku REDHA" =)



"Before you are married you (man&woman) are stranger"
"after married everyone is stranger"



"Marry someone who will make you fall in LOVE with ALLAH every single day"



"Don't say O ALLAH i have worries"
"but say O worries i have ALLAH"



"Keep calm because ALLAH is always with us"



"mencipta bahagia..Hidup dalam anganangan sendiri"



"Feeling can be controlled but tears never lie"



"suami itu anugerah,isteri itu amanah,anakanak itu indah"
"Ibubapa bukan amah,keluarga itu jemaah"
"Jemaah yang membawa ke Jannah"
'Usah khianat walaupon bermandikan darah"











lesson for today =)
Keep calm stay with SABAR



cekidautttttttttttttttttttttttt 

Kawen.ZoO.MeeUdangSedap.

Assalamualaikum ;D



Buka facebook asyik tengok gambar orang kawen ja..so terus semangat nak update entri pasal kawen..opsss not mine..kawan BoO..senior aku time study dedolu nu..excited siap ambik cuti lagi..ko mampu..tak sampai hati sebab time majlis kami dia mai..kampung dia di Batu Kurau,Perak..dalam papago takda okey..hahaha..lastlast tengok singnboard jelah..


 tuan tanah kedaung..


Otw..meluat asal nak snap ja macammacam pattern muka dia kluaq..laslast nah hambekkkkk muka aku jalah..senangggggggggg..kahkahkah


Baru ku tahu rupanya kenduri kendara kat perak pukul 2.30ptg dah kurang kemeriahannya..sedih..baru sampai mentara dah siap ambik baldi nak ambik lauk pauk simpan kot..haishhhh...kalau tau sesudah subuh kami bertolak..bolehlah jamah lauk pengantin..heheh..ehhhhh takdalahhhhh ikhlas la kami p bukan nak makan sematamata..BoO nak jumpa kawankawan lama dia..dah lama tak jumpa katanya..time kawenkawen ja suma berkumpul..ok whatever!!


 pengantin baru..hewhew..i plak dah macam ikut tema..hahah


nahhhhh ambik berkat katanya..aminnnnn..mudahmudahan ;)


ni aku nk hangin pesal gambaq xleh nak uplod..sejak bila ada limit plak hoiiiii..bila dh rajin jadi cenni plak...cerita blom habis terpaksa stop..potong mood btoi la...sesapa ada solution plz advice me =D