"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"

Sunday, April 28, 2013

IUI~Bersediakah??


Assalamualaikum :D

Dengan lafaz Bismillah aku mulakan coretan untuk harini..lama sangat tak menaip ni haa..dah jadi silent reader sekarang terutama sekali group TTC punya blog..memang rajin la aku singgah..kalau rajin or perlu aku komen sikitsikit..heheh..konon nk pulihkan semangat..nak positifkan minda..hikhikhik..dan aku mulakan dengan menukar nama header blog aku..dengan harapan supaya aku lebih rajin untuk berkongsi cerita kat sini sepanjang treatment dilakukan..tapi korang takyah nak menaruh harapan sangatlah..malas selalu menang..ahahahaks..

Okey meh nak start dengan penghujung bulan May dalam 20hb aku start ambik duphaston untuk turunkan darah sebab period dah delay beberapa bulan..after 1 week hadirlah cik P dengan jayanya..2nd day period lajulaju pegi jumpa aku punya gynea..scan..resultnya aku terpaksa cuci sebab ada something yang kemungkinan besar boleh menganggu proses seterusnya nanti..untunglah masa buat tu aku langsung tak sedar apa..adala dalam 2 or 3 jam..kesian plak husband aku dok menunggu kat luar..sampai nurse suruh pegi makan sebab lambat lagi aku nak sedar baru dia pegi makan..ouchhh tacing okey..over laki ai tau..yang bestnya bila aku tersedar aku nampak ada lagi 2 org chinese dengan indian kat depan aku pon baru sedarsedar ayam..hahah..then aku plak tanya dorang "ehhh..doc dah siap buat ekk?"hahah..dorang pon dok mimpimimpi lagi memang tak layan akulah..cisss~aku angkat kepala ja nampak ada balang penuh darah and aku yakin memang dah settle la ni..gagahkan diri bangun tukar baju..after 5minutes barulah nurse masuk panggil nama kitaorang suruh bangun..aku dah siap pon :p ..keluar jer husband cakap doc tu tunjuk benda yang dorang cuci tu letak dalam balang kecik sebab nak masuk lab..amboihhh kemain serius plak aku dengar..dah settle semua jumpa doc lagi sekali untuk appointment seterusnya..Total untuk treatment haritu RM500~

Seminggu lepas tu sekali lagi jumpa gynea untuk buat HSG..check saluran tiub fallopio..ngeri seyhh..sebelum tu aku sesaja merajinkan diri search info mengenai HSG..kebanyakkannya cakap sakit..kalau sesapa selalu senggugut memang biasalah..ehhh masalahnya aku tak pernah senggugut acaner??redo jelahhh kan..dah lama sangat tak betulbetul serius buat treatment..tapi tahun ni kami betulbetul serius!!serius okey!!sebelum proses HSG tu ada 2 org nurse tu bagi tau macam mana proseduer HSG tu..satu jer yang aku ikut..hehe..time dye tu disuntik masuk tolong jangan keraskan perut..relaxs jer..kalau kita keraskan perut macam kita lawan ubat tu dari masuk dats why akan rasa sakit..Alhamdulillah tak rasa papepun :)..Keluar jer result gynea aku explain yang tiub sebelah kanan okey sangat!!tapi kiri agak sempit :( ..down plak rasa bila dia bagitau macam tu..nasib doc aku pandai cover..hahah..dia yakinkan husband aku yang satu tiub saja akan digunakan so tak perlu risau..mostly orang yang buang satu tiub pon mampu pregnant lagi..fuhhhhhh...macam batu kat atas kepala dah diangkat..gynea cakap next cycle akan guna Gonal-F..cucuk sendiri 2nd day period..husband aku awalawal dah surrender..hahaha..Total payment untuk HSG RM200+antibiotic RM50..
untuk Gonal-F doc mintak kami spent dalam RM1500++..after dis IUI maybe..selagi termampu aku akan follow..selagi diizinkan suami In shaaAllah :) now gigih search about IUI..heheh..nak sedapkan hati sendiri..

Tuesday, January 15, 2013

BUFDAY+ANNIVERSARY

Assalamualaikum =D


Alhamdulillah arini genap usia aku 27 tahun..usia perkahwinan genap 2 tahun..dan aku masih bernyawa dibumi Allah..cinta terhadap suami masih utuh...rasa macam baru kawen pulak kadangkadang tu..ahaks..walaupun masih berdua..Alhamdulillah perasaan kami tidak pernah berubah..Jika ditanya apa hadiah hari lahir yang aku idamkan??hadiah ulangtahun perkahwinan yang menjadi dambaan??mestilah permata hati bukti cinta kami berdua..mogamoga Allah permudahkan urusan kami untuk tahun ni =) amin..kesian pulak dekat husband aku..maaf ya abang  :(

Terima kasih pada kawankawan yang wish di FB..yang doakan aku cepatcepat dapat baby..amin..harapharap termakbul..macam biasa orang pertama yang wish bufday aku tadaaaaa..my Love Hubby..dah tuatua ni malas plak nak celebrate bagai..bhahahaha...kena plak keje nite shift..erkkkk out of mood teruih!!Bufday actually dah berpuluh tahun sambut..so it's like soso jalah..hahaha..reward untuk diri sendiri..nanti aku update..kehkehkeh..husband present selalunya aku request..bhahaha..anniversery present tak da!!kehkehkeh..mayb akan diadakan..tengok nanti..suprise.suprise.suprise!!xoxo..



 sat ja dah 2taon..phewwww


nampak tak baru 2taon dah macam ni kalau berpuluhpuluh taon..omg!!diet plzzz


Sayang Hingga Hujung Nyawa =D


Dedicated from LoveHusband


Memang tak dirancang masa memula kawen aku change contact name kat handphone aku "Paly" to "suamiku" wakakakak..innocent gila nickname..tak sangka plak dia pon tukaq "Darling" as a "isteriku"..sehati berdansa betul lahhhh..muahahahaha..semalam tepat 12.03am bipbip..skema tak sound sms aku..haha..bila buka ja..


"Suamiku" :: Happy birthday..dah tua dah..Harap dimakbulkan apa yang kita doakan..love u           sangatsangat..(laki aku memang tak romantik..redho jelah..kukukuku..)

"Isterimu :: Amin..tq (mood merajuk :P)

"Suamiku" :: Cayang i tak??

"Isterimu" :: Bagi hadiah dulu (poyo dak)

"Suamiku" :: Sayang kerana hadiah jaka??tak ikhlas..

"Isterimu" :: Tak sayang i tak jadi istri u la..hadiah tu tanda penghargaan..u tak hargai i lah yea??

"Suamiku" :: Harga u bukan terletak pada hadiah tu sayang..pada kasih sayang i terhadap u..u nak apa??

"Isterimu" :: Alolo..so sweet..i pon sayang u lahhhh..i nak p bercuti ja..stress (tiputipu..pastu mintak hadiah lain plak :P )

"Suamiku" :: Ujung bulan kita p bercuti..(yay!!)


Kadangkadang perkataan lebih bermakna daripada hadiah berjuta..muahhhh..love u Abang!! a.k.a Suamiku..tapi i rasa macam nak jam baru or purse..wakakaka..serveyservey...









p/s::kawankawan doakan kami agar Allah murahkan rezeki kami suamistri untuk memperoleh cahayamata :D aminnnnn

Friday, January 11, 2013

ENFAMAMA pulaks..ahaks

Assalamualaikum =D



Salam Jumaat penuh barakah.."Rabbi la tazarni fardhan wa anta qhoiron warisiin" amin..mogamoga hari Jumaat ni doa dimakbulkan..amin..semangat semalam gaduhgaduh manja dengan Mr.BoO sebab yang tak masuk akal..nape ehhhh sensitip bangat aku nih..aiyooooo..pembawakan kot!!bhahahaha memang takkkkk la kan...maybe sekarang aku busy sangatsangat so masa yang ada sangat terhad untuk spend time sesama..ohhhhh  sedih..*nangis* bila dah ada masa dah ada hal lain pulakssssssss..*nangis lagi* hahaha actually aku yang over..Mr.BoO pegi ipoh dengan FIL aku ja pon..*jeles jgk* atas urusan KERJA..ulang lagi sekali KERJA..ok sedapkan hati sendiri..aku boikot a.k.a tak cakap dengan dia start dari petang sampailah dia keluar rumah..aku siap nangis2..sumpah tak tipu..bhahahaha..sampai dia nak kasi duit poket pon tanak tengok..haishhhh..tetiba rasa berdosa..dalam hati ni tak renti-renti doa..selamatkanlah perjalanan pergi dan balik suamiku dengan bapa mertuaku..sejak tengah usaha gigih berTTC kemain sensitip lagi aku..


Out Of Topic dahhhhhh...okey dah masuk 2nd day aku minum EnfaMAMA tu pon sebab free..untunglahhhh bila SIL aku keje dengan Pakar pusat bersalin..hewhewhew..dah lama nak try tapi asyik tertanggunh ja niat suci aku nih..aku banya buat researh susu ni ada asid folic yang membantu untuk merancang kehamilan =)..


 nasiblah coklat..ekekek


kandungan..


Disebabkan susu ni formula untuk ibu mengandung so aku terpaksalah kurangkan dos sebab takut kenaikkan berat secara mendadak lagi!!O.M.G..1 sachet aku bancuh separuhseparuh..sedap la puloks..ahaksss..



Saturday, January 5, 2013

SEMANGAT!!

Assalamualaikum =)



Setelah meresearch di blog-blog TTCians dan laman sesawang lain..cewahhhhh..aku kumpulkan seberapa banyak info supplement2 untuk membantu menstabilkan period aku!! first of all period kena stabil baru boleh plan waktu subur rite??ok untuk permulaan aku beli Ladies Collagen & Jerslin Power Oil..gynea aku ada bagi ubat untuk turunkan darah..tapi aku sengaja!!sengaja ok!!takmau makan lagi..nak cari inisiatif lain dulu..dah banyak sangat ubat dalam badan ni..so rest dulu..mehhh nak review sikit produk yang aku tengah try ni..harapan ni produk terakhir yang aku try..In Shaa ALLAH..permudahkan urusan aku Ya ALLAH.amin



Jus Ladies Collagen V’Asia


blurrrrr..ehsan pakcik google..



ni kira BONUS bila amalkan jus collagen ni..ekekekek..


Khasiat Jus Ladies Collagen V’Asia

  • Mendapatkan bentuk badan yang menarik
  • Seimbangkan hormon
  • Mengembalikan keanjalan dan saiz payudara yang menawan
  • Merapatkan vagina serta melambatkan proses menopous
  • Melancarkan peredaran darah
  • Melancarkan haid dengan lebih teratur
  • Melegakan masalah wanita seperti senggugut dan keputihan
  • Mengembalikan keintiman hubungan
  • Membantu menyuburkan wanita bagi menimang cahayamata

Kandungan Jus Ladies Collagen V’Asia

  1. Air R.O
  2. Lobata
  3. Mirifica
  4. Kacip Fatimah
  5. Serapat
  6. Habbatus Sauda
  7. Madu
  8. Manjakani
  9. Goji
  10. Delima
  11. Kismis
  12. Ginkgo Biloba
  13. Pinang
  14. Asam jawa
  15. Kunyit
  16. Puri Mangga

Cara Minum Jus Ladies Collagen V’Asia

  1. Amalkan 1 hingga 2 sudu dan minum segelas air kosong atau jus buahan sebelum sarapan
  2. Goncang dahulu dan gunakan sudu plastik kerana Ladies Collagen adalah produk yang berasaskan homeopati
Perhatian :
Simpan di tempat yang kering.


Ladies Collagen ni ada dua jenis satu serbuk satu jus..aku beli JUS.malas nak bancuh2..muahahahaha..cepat dan mudah..bijak takkkkkkkkk?? yang aku bold tu adalah sebab musabab utama kenapa aku beli jus ni..actually nak beli Pati Delima Gulsan tapi kat tempat aku susah sangat nak cari..hukhuk..



Jerslin Power Oil


Kandungan MINYAK JERSLIN POWER - Ekstrak Lintah
- Mengandungi Habatus sauda dan herba terpilih.
- Tidak perlu makan hanya sapu
- Tiada Kesan sampingan
- Selamat untuk semu peringkat usia,ibu megandung & bayi
- Halal

 Penyakit / Masalah Kesihatan yang boleh dipulihkan dengan JERSLIN POWER OIL  adalah seperti berikut :-

* Gastrik
* Demam panas / panas badan berlebihan
* Resdung
* Sakit kepala / Migrain
* Asma / Lelah / Semput
* Sembelit / Cirit-birit / Buasir
* Jangkitan Faraj / Keputihan
* Penyakit kelamin
* Sakit sendi / Lutut bengkak / Gout
* Kekejangan otot / Simpul Biawak
* Mati pucuk / lemah syahwat / tidak bernafsu
* Sengal-sengal tulang
* Kulit kasar, warna tak sekata, berjeragat
* Kembung perut
* Kesukaran bernafas
* Selsema, batuk, hidung tersumbat
* Mudah lesu
* Keracunan makanan
* Anggota  tubuh lumpuh / lemah
* Kerapa kencing pada waktu malam / kencing tak lawas
* selalu / mudah kena selsema
* Alahan / alergik dengan makan laut / habuk /debunga / ubat
* Sukar mendapat zuriat / anak
* Anak yang dilahirkan kurang sihat
* Manopause
* Hormon tidak seimbang / ketidaksimbangan metabolisma.
* Kesuburan lelaki / wanita menurun
* Senggugut
* Sakit buah pinggang
* Tulang reput / mudah patah
* Pergerakan perlahan
* Mudah beremosi / cepat marah
* Kitaran haid yang tidak tetap
* Sukar memahami / mengingati pelajaran
* Kurang tumpuan terhadap pelajaran atau kerja yang dilakukan
* Penglihatan kabur / selalu keluar air mata / mata kemerahan
* Kesejukan kaki / tangan
* Tangan / kaki menggeletar / menggigil
* Sukar tidur (Insomnia)
*  Untuk bayi;- kembung perut, demam panas, demam biasa, batuk, muntah-muntah.

 CARA MENGGUNAKAN :
Sapu dan urut di tempat bermasalah selama 5-10minit sekerap 1@2 kali sehari
Untuk masalah yang aku bold tu hanya sapu ditapak kaki..In shaa Allah..




Hopefully bulan ni period keluar dengan jayanya..hohoho..after dis nak banyak makan kismis,kurma,badam n susu..ada orang suggest anmum materna..akan diusahakan..Mr.BoO cakap susu tu boleh menggemokkan yekeeee??whatever..ehhh one more aku terbaca tadi kalau kita bela kucing pon menyebabkan kita lambat dapat zuriat sebab kucing tu mendoakan kita supaya tak dapat zuriat..yelahh dia nak kita sayang dan manjakan dia ja..sister aku pon penah pesan..tapi aku ignorekan je..kucing tu makhluk ALLAH jugak kan..aku ada kucing sekor CARLOS memang aku sayang gila!!camno??adopt kat abah jelahhh..hahah..


 

P/s:: banyak amalkan doa Nabi Zakaria..semoga dipermudahkan urusan..amin. =)

Friday, January 4, 2013

ENTRI PERTAMA 2013

Assalamualaikum =)



SELAMAT TAHUN BARU 2013..wahhh dah 4 hari baru nak ucap..hahaha..maap lah yerrr aku kan bz dengan bisnes kecil-kecilan sekarang..tak sempat nak update tetiap ari..muahahahaha..kalau duk kat rumah pon tak sempat jugak sebab Mr.BoO bekepit 24 jam..manja uollssss..buang tebiat..sebab aku semakin kerap nite shift agaknya..so dia nak betol2 spent time sesama..quality time kan..hikhikhik..

Ditahun 2013 ni nakkkkkkkk jugakkkkk buat list..bhahahaha..walaupon yang 2012 ada lagi belum tercapai..xpe positif thingking..go on ja..tapi!! siap tanda seru bagai tu..nak list down jugakjugak azam 2013..hopefully tercapai =)..In shaa ALLAH..nape ehhhh semangat aku kemain lagi tahun2013 ni..hohoh..


Bismillahhirohmanirohhim.....azam aku pada tahun 2013 ::


  1. Nak babyyyyyyyyyy..babyyyyyyyyy dan babyyyyyyyyyyy...ha ramai takkkkkk??ekekeke
  2. Menjadi ISTERI,ANAK or INSAN yang lebih baik dari sebelum ni..
  3. Tingkatkan amalan..lebih patuh kepada perintah ALLAH dan suami..
  4. Rajin..rajin dalam segala macam..contohnya:: rajin mengaji..rajin solat..rajin masak utk suami..rajin kemas rumah..macam2 lagi rajin kearah yang lebih baik..hihihih..
  5. Sentiasa berfikiran positif :: Redha,Ikhlas,Senyum =)
  6. Tingkatkan usaha ber TTC
  7. Nak melancong ke Vietnam or Krabi or Bali or Sabahan or mana2 ja yang underbudjet..mohahahaha..
  8. DIET..turunkan berat mungkin membantu proses kehamilan..mungkin!!(sambil menaip tgh mengunyah ni)
  9. Less shopping MORE SAVING..wahhhhh
  10. Aktif berbisnes..kehkehkeh..tataulahhhhhhh bisnes hapa yedokkkkkk..sekarang jual kerepek kecil-kecilan..
  11. Azam terakhir adalah untuk melaksanakan semua azam-azam yang diatas..hahaha pening takkkk...

Kawankawan doakan aku =)..



 Tinggalkan 2012 dengan seribu kenangan dan menyambut 2013 dengan berjuta harapan..chill =D





p/s :: tengah usaha gigih minum pati delima n sapu jerselin oil lajulaju..hopefully period stable..teruskan berzikir..YA MUSSAWIR..