"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"

Monday, May 30, 2011

mau!!!

Assalamualaikum~

haipppp...yepppyyyyy...eh ko pehal...
ahahaha...malam ni last koje malam..yayyyyy...jadi offline blog jap yer...
cakap macam ramai jer reader kau...

satu benda yang asyik bermain difikiran aku...
rasiaaaaa..(*______*)
belum tiba masanya nak kongsi ngan korang...heeeeeeeeeee


"aku nakkkkkkkkkkkk sangat.....TAPI.....belum ada rezeki"
sob..sob..sob..



~babai~
nak layan perasaan jap....

Sunday, May 29, 2011

Saturday, May 28, 2011

Nasik Minyak EX-housemate!!!

Assalamualaikum....

testing...testing...1..2..3...
kompang dipalu..pengantin malu...eceh...(tengah layan lagu ni masa taip entri ni)
syok pulak rasanya..tiba2 tingat time aku sanding 4 bulan lepaih...kikikiki
rasa macam nak buat kenduri tiap2 bulan la plak..muahahaha...jangan perasan kau ingat laki kau Dato'...huhuhu..stop bebel plz...

okeh nak cite pasai pengantin lak..nama LIZA & WADIE...dah lama jugak dorang ni cintan2..masa aku keje kat penang aku satu umah & ofis dengan LIzA..kadang2 kami p reja sekali..sekarang dia dah reja gomen..

aku doakan semoga mereka bahagia & cepat2 dapat baby(macam doa untuk diri sendiri ja!!)
dah..dah..jangan nak merapu banyak2..
korang tengok jelah picture yang sempat di snap oleh MYBOO...
macam besa la...dia kan dreba & photog tak berbayar aku!!!muahahaha

 wey wadie hang malu2 plak..ekekeke...

 Gemmmmmmmmmmokkkkkkkkk!!!

sebok ngan hantaran orang..wakakakaka

 asal ek muka aku centu..burokkk gilaaaaa!!!

 simple ja~

 Boo asal tengok2 centu??xpuas ati ka???

 "haishhh...asal gemoks sangat ni..mieza plz la...wake up...D.I.E.T"

bila tengok baju yang dorang pakai tetiba lak ingat baju yang aku pakai masa majlis umah BOO...sama weyh design!!!kaler sebijik!!hahahaha
xcaya tengok
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


dan kat sini buleh tuju2 lagu kan...
haaaaa...aku tuju kat korang pengantin baru(aku pun kira baru lagi la kan??)


Thursday, May 26, 2011

Dilanggar todak~

Assalamualaikum....

sob..sob...sob..
starting entry dh sedih..korang tau pehal aku aku sedih???
Baybey Ken dicium bontotnya tanpa kebenaran parentnya(aku&Boo)...
kisah bermula semalam...lokasi Pendang
Actually keta tu tengah parking kat tepi jalan bawah lampu sebelah pokok besaq..
kami tengah makan kat kedai betul2 depan keta tapi di seberang jalan..
belum sempat bangun bayar..tiba2 GEDEbamMMmmmmmmmmm!!!!!!srehhhhhhhhhhhhhhhh(bunyi terseret kat jalan)waaaaaaaaaaaaaaaaa(bunyi pompuan tu jerit)sereyat darah aku...
cepat gila..tergamam...melambung moto jatuh atas dia...
bab keta xdala nak marah sangat coz sikit jer..yang xpuas hati bab dia dok maen sms...
laju lak tu..nasib la pompuan kalau laki memang xda maknanya nak kesian2..sure kami p balai polis buat report then mintak claim..
aku kat dalam kedai makan tu dah xleh bangun...lutut mak goyang okeh..nasib xda darah kalau x dah sah2 skali ngan aku naek ambulans....huhuhuhu

jadi untuk korang2 yang merempit macam aku atau drive keta plz..plz..plz..drive safely...
sayang la nyawa korang...tapi kalau dah ajal kau macam tu memang xleh nak elak la...
keta rosak boleh masuk workshop...kalau ilang nyawa???
ini peringatan untuk semua ok..termasuk aku...
kita xlanggaq orang...orang langgaq kita...

Dan aku doakan orang yang langgar keta kami tu selamat...sebab dah dimasukkan ke wad semalam...
aku masih dalam keadaan trauma..+________________+
aku memang xsuka orang drive laju2...laki aku drive laju2 pun aku dah start pening2...muahahahaha

P/S::::Berhati-hati dijalan raya...sayangi nyawa anda...hidup cuma sekali...ingatlah orang yang tersayang..

Wednesday, May 25, 2011

LELAKI KACAK vs WANITA CANTIK


Lelaki antara golongan yang paling peka terhadap perubahan sikap seorang wanita mahupun kekurangan yang ada pada diri wanita terbabit, lebih-lebih lagi insan paling dicintainya.Sikapnya yang terlalu cerewet, sentiasa inginkan kebenaran daripada penafian, keputusan sentiasa berpihak kepadanya dan tidak pernah berasa mengalah malah lebih bersikap egoisme, antara karakter utama wanita yang seringkali membuatkan lelaki berasa putus asa untuk memahami kemahuan mereka. Namun, di sebalik ketidakpuasan hati itu, kamu seharusnya mengkaji dulu akan kebenaran yang ingin mereka sampaikan dalam meniti pasca percintaan. Intim berkongsi mitos wanita pada mata lelaki dan kenyataan di sebalik kesulitan yang dihadapi.

Wanita cerewet dalam pelbagai perkara. Contohnya, idea, pendapat, cara kerja, makanan, tempat tinggal mahupun pemilihan pasangan yang ideal.

Menurut penelitian, setiap wanita mempunyai kemampuan dalam penggunaan bahasa yang baik jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Ini dapat dibuktikan apabila dia mula bicara. Pengunaan kedua-dua sisi otak secara serentak dengan memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara, membuatkan wanita mampu menangani masalah yang dihadapi. Berbanding lelaki, mereka acap kali mencari jalan yang singkat dalam menentukan dan menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara yang berlaku dalam satu masa yang sama.
Tetapi, lelaki mempunyai kemampuan dalam penerimaan suatu informasi atau teguran dengan tabah dan profesional, sedangkan si wanita sering terbawa-bawa masalah yang dihadapinya itu ke dalam pemikiran.
Diingatkan, jangan sesekali mengutuk atau mencaci akan kelemahan pasangan kamu kepada orang lain. Ia dapat diselesaikan dengan cara komunikasi dua hala, antara jalan terbaik untuk kamu mengatasi masalah yang dihadapi.

Kaum lelaki begitu sukar untuk memahami keinginan wanitanya, memandangkan pasangannya itu tidak pernah berasa puas dengan segala pengorbanan yang mereka curahkan selama ini.

Sesungguhnya kamu sebagai kaum hawa perlu berpuas hati dan berasa bangga dengan apa jua penghargaan yang telah pasangan berikan. Tetapi, sebagai wanita, dia merasakan bahawa pasangannya dapat melakukan yang terbaik lagi.
Sekecil mana pun usaha yang si jejaka lakukan demi menyenangkan hidup kamu, beri penghargaan terhadapnya.

Perempuan terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya.

Sedar ataupun tidak, perempuan lebih banyak berkomunikasi dengan perasaan berbanding kaum lelaki. Kajian yang dilakukan oleh seorang neurologi dari University of Pennsylvania, Professor Ruben Gur mendapati, 70 peratus tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti ketika dalam keadaan istirehat. Sedangkan otak wanita, 90 peratus tenaganya akan tetap berkerja. Ia membuatkan wanita cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dalam suatu waktu yang sama.

Perempuan sentiasa mengawal pergerakan, kehendak dan cita rasa kaum lelaki, sehingga berjaya menguasai kemampuan mereka.

Perempuan bukannya dilahirkan untuk mengawal setiap pergerakan kaum Adam. Mereka hanya ingin memastikan sahaja bahawa si dia, insan paling dicintai berada dalam keadaan yang baik dan terjaga.
Malah, mereka juga ingin menjadi insan pertama yang hadir di saat pasangannya menghadapi masalah, kesepian, dan kedukaan.

Benarkah wanita tidak perlukan kasih-sayang seorang lelaki?

Untuk menjadi seorang superwomen bukannya bererti wanita tidak memerlukan dirinya dihargai oleh seorang jejaka. Kepada wanita, katakan sahaja kepada pasangan, bahawa kamu tetap memerlukan kasih sayang, perlindungan, belaian dan kenikmatan cinta daripadanya.

Perempuan memiliki radar kepekaan atau six sense

Perempuan dilengkapi dengan kecekapan panca indera yang jauh lebih baik daripada kaum lelaki. Menurut penulis Sillyman from Mars, Pitywoman from Venus, Allan dan Barbara Pease, sebagai insan yang melahirkan dan menjaga rumah, mereka perlukan kemampuan dan kebijaksanaan dalam merasakan sesuatu perkara yang melibat dua hati dan perubahan sikap orang lain.
Kaum lelaki pula, diingatkan jangan terlalu terburu-buru buruk sangka akan kebolehan yang mereka peroleh, malah perlu selidik dahulu sebelum melakukan dan melafazkan sesuatu perkara.









p/s:: kitakan saling melengkapi..so biasala kalo ada kurang sikit-sikit...jangan jadi mcm aku------->EGO+SENSITIF+EMOSI+KERAS KEPALA...;p  redho jelah....

Tuesday, May 24, 2011

DugaaN

Assalamualaikum~

hai..hai..hai...ceh kenkonon nak wat ceria...hahaha
bila dah gosip ramai2 ni macam2 cite kau boleh dengaq okeh...
aku ni bukan la kaki gosip sangat tapi dah tengok macam excited orang bercerita..why not aku join sekaki...muahahaha...mana tau boleh kongsi tips..ahhh...whatever nak cakap aku suka ngumpat la tu kan...
dan
paling kerap aku dengaq cite DUGAAN MASA TUNANG...jadi aku xleh nak bagi TIPS or KONGSI sebab masa aku tunang dulu xsempat nak terduga pun..huhuhu...bukan nak belagak ok...aku tunang pun dalam 5 bulan camtu ja...masing2 sibok buat persiapan mana nak sempat terduga gitu...
so nasihat aku jangan bertunang lama-lama...:))

jadi aku menggoogle ni untuk tatapan korang yang bakal or sedang bertunang...
kita tengok dulu definisi bertunang di sisi agama Islam. Siapakah sebenarnya kita panggil telah bertunang?

pertunangan adalah ikatan antara lelaki dan perempuan yang juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita tersebut. Meskipun begitu, di dalam ikatan ini, tiada hak tercetus di antara pasangan ini kecuali hak bagi seorang lelaki itu melamar perempuan tersebut dengan harapan, tiada lelaki lain yang akan meminang (atau memohon untuk berkahwin) perempuan tersebut. Kebanyakan para ulama mengatakan hukum bertunang adalah diharuskan atau dibolehkan.

Datang pula persoalan, berapa lamakah sepatutnya pertunangan berlangsung? Jumhur ulama mengatakan bahawa tempoh pertunangan hendaklah tidak dilamakan atau sebaiknya dipercepatkan.

Maka jelaslah, agama Islam amat menitik beratkan akan perkahwinan dan pertunangan menjadi pintu gerbang ke arah perkahwinan dengan masih menetapkan syarat-syarat penjagaan akidah dan iman seorang muslim. Dengan itu pertunangan tidak menghalalkan persentuhan antara pasangan, tidak menghalalkan zina dan tidak menghalalkan khalwat. 

Rata-rata berkata, apabila mereka bertunang, barulah merasakan betapa seriesnya hubungan mereka dengan pasangan dan betapa komitednya pasangan mereka dengan diri mereka.
Tidak hairanlah ketika pertunangan berlangsung inilah begitu banyak dugaan yang datang, begitu banyak perkara hendak diuruskan dan begitu panjang rasanya masa untuk menanti perkahwinan.
Dari sudut perkahwinan, pertunangan merupakan laluan terpenting sebelum tiba di jeti perkahwinan. Begitu berolak, begitu juga kemudian yang perlu dibetulkan agar perkahwinan tercapai.
Perkahwinan bukanlah hanya suatu majlis tetapi suatu ibadah yang sangat tinggi nilainya. Sehinggakan Allah mengurniakan berlipat kali ganda kebaikan bagi mereka yang berkahwin. Dan perkahwinan itu melengkapkan separuh iman seseorang lelaki.

Apapun dugaannya, tentu hikmahnya ada. Sedar tak sedar, selepas sehari atau seminggu atau sebulan, atau setahun atau mungkin selepas anak ke 10 baru sedar dan insaf akan hikmahnya.
Teruslah bersabar kerana setiap dugaan dan cabaran membuatkan kita lebih matang dan lebih berkeyakinan.

jadilah umat yang bijak dalam membuat sebarang keputusan..jangan mengikut emosi semata-mata..
sebab dugaan masa berkahwin lagiiiiiii banyakkkkkkkkkkk.....

tapi kalo setakat dugaan masa bercinta tu..kalo banyak cengkadak sangat sila pertimbangkan semula untuk buat bini/laki...hahahaha...jahat gila kau...bukan apa..supaya tidak menyesal dikemudian hari...
aku dulu pun banyak cengkadak nasib BOO sabaq...muahahaha..
kalo tak kertu la jawabnya...

nak jugak tempek muka kat sini walaupun xda kena mengena ngan tajuk...hahahaha
nak tunjuk kami yang semakin sehat...xdaya nak diet dah...heheh

Monday, May 23, 2011

Kerana Mulut FB bBinasa..hahahah

Assalamualaikum~

Betulkah bila dah kawen xda makna PRIVACY lagi dah???
hmm...mungkin jugak..tapi bagi aku kadang-kadang perlu ada jugak(keji)hahaha
Okeh contoh terdekat laki(MYBOO)..rutin harian yang dia akan buat..

1)-check handphone...segala received call,missed call,message...boleh centu???
aku xkisah pun bukan ada kekasih gelap pun...muahahahaha
simpang malaikat 44 okeh..mintak dijauhkan...

2)-tanya keja camna..kalo ada mood panjang sikitlah aku cita kat dia..hahaha
so kawan2 aku kat ofis suma dia kenai even ta penah jumpa sekali pun...hahaha
nasib la tempat aku keja 90% gurl okeh..

3)-dia akan start tanya pasai Bisnes aku jalan ke tak...alhamdulillah..xkencang tapi still ada..
serius bila aku start bebisnes ni aku xbrapa nak harap duit dia sangat nak2 time shopping...hahaha
so dia xdala nak marah sangat kalo aku terbeli apa2...ngehngehngeh...
tiba-tiba terasa bijak pulak...

4)-pastu melarat ke FB...chatting dengan sapa..rasa macam remeh je kan??tapi maybe tu cara dia nak tunjuk yang dia ambil berat kat aku...so layankan jer..sebab aku punya keje memang bersangkut dengan natang alah ni pun...macam damnnnn sikit lah kan...jemu kot tiap2 hari hadap benda yang sama..
paling xtahan dia akan tanya ada chatting dengan kawan laki x???
huh~aku  jawab kadang2 ada la...
dia cool lagi..
aku start bebel...alah dah kawen pun nak jeles lagi ka?
kan suma kawan2 dah tau kita dah kawen..
diam-diam ubi berisi okeh...
buleh dia jawab
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
okeh kalo centu DELETE ja account FACEBOOK

aku???sengihhhhh~hati ni berzikir jaaaaaa....hahahah..
nasib dah jadi laki aku...
alasan dia::"abang dah x active FB kan,so za xperlu dah kot"
aku jawab senang jer"ala xpela nati za online slalu la guna id abg bagi active balik"ngeeee sambil senyum kambing..biasa la aku kan kalo bab menjawab memang terbaekkkkk...kahkahkah
derhaka aku nyah kalo kena sumpah dengan laki aku...hahahahaha
 
sooooooooo persoalannya dimanakah PRIVACY AKU???
memang xdakkkkkkk la jawabnya..............

dan

aku

pun

buat 

benda

yang

sama

kat

dia
-
-
-
hahahaha...sharing is caring kan...redo jelah....
tapi sampai sekarang aku still bagi privacy kat dia...
sebab aku xsuka buka wallet dia..xperlu kot..
tapi setiap kali draw duit dari ATM...
resit bak sini aku tengok dulu....
hahahahaha
(silalah masyarakat jangan mengata saya...hahahahahahah)


:::renung-renungkan dan selamat beramal:::

Thursday, May 19, 2011

GaDoH MaNja~**~

Assalamualaikum~

nak stori sikit...sikit jer...
dua tiga ari ni xtau la pasai pa..asyik nak marah ja
mangsa dia MYBOO...hahahaha...nasib badan la kannn...
apa2 pun thanks ya sebab kamoo diam jer bila saya menyinga**
kamoo senyum bila saya muncung panjang-panjang**
kamoo cool ja bila saya memberontak**
paling tak tahan
kamoo akan cakap
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
**mengucap banyak2 sayang**
bila saya start membebel..hukhukhuk
saya???
terus terdiam...
dan lagi satu
saya paling geram bila saya cakap
**nak merajuklah cmni**
kamoo selamber ja cakap
**ok sayang tp jangan lama-lama sangat tau..**
geramkan!!
whateverlah kan...
yang penting
kamoo tetap telah dan sedang membahagiakan saya~

saya ingat lagi sebelum kita disatukan kamoo bagi tau saya
kamu JAHIL tentang agama dan macam2 lagi
tapi sekarang
saya sangat berbangga
disebabkan keJAHILAN kamoo la
kamoo begitu merendahkan diri untuk mempelajari dan memikul segalanya
dengan penuh rasa tanggungjawab**
pada saya lebih baik kamoo jahil dan sanggup belajar dari bawah daripada orang yang sombong terus mendongak ke langit kerana merasakan mereka sudah terlalu bijak dalam segala hal..
tanpa mempedulikan pendapat orang laen...

LEVIU MYBOO**
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
no words can describe how much i need and LOVE u


 
motif picture::disebalik kehidupan seorang lelaki mesti ada perempuan...cewahhhh...
aku suka terbang kt belakang dia...beware!!!

Tuesday, May 17, 2011

Hanimun {PART 3}

assalamualaikum...
nak sambung lagi ni...agak2 dah boring ke blom???
ahhhh ada aku kesah...tengok jugak k...lagi x abeh...

Destinasi seterusnya kami menjelajah ke 

@AYAQ HANGAT
-terkejut masuk pree okeh...yelah slalunya kalo tempat ramai pelancong ni mana nk cari FOC...








kolam yang last ja paling hangat air dia...kalo takat nak rendam2 kaki memang best!!!
ala-ala jakuzi gitu...wawawa...xda la ramai sangat orang...sooo sangat selesa okeh..

@GALERIA PERDANA
-ada 3 blok bangunan okeh..mampus nak jalan...so picture aku pilih sikit ja...banyak sangat kang terus kena spam...kahkahkahkah...tapi banyak gila hadiah & pingat yang TUN M dapat...gila kentang wooooo....kematu kaki aku jalan dalam ni...








tengok sikit-sikit sudah..nak tengok banyak2 klik SINI

@MAKAM MAHSURI
-





 amik berkat ayaq telaga Mahsuri...bagi ilang segala noda di muka...muahahaha

 ujan okeh..


terpaksa berlari-lari sebab ujan sangat lebat..so terpaksa berteduh dalam umah Mahsuri..
kikiki..

@PANTAI CHENANG
-BOO kempunan nak mandi pantai...aku malaih(takot ombak)
so temankan ja...tapi xleh mandi coz ombak sangatlah kuat..aku warning dia jangan ngada2 nak mandi kang hanyut lak...mintak simpang YA ALLAH...

 konon nak wat sweet2...miahahaha




basahhhhhh~

@TEPI JALAN
-malam kuaq dinner wif my bestiss coz dia keja kat sana...





comeikan???sapa preggy plz bt ceni..hukhukhuk
jalan punya jala..sembang punya sembang xsedaq sampai pukoi 12 lebih oke...balik otel terus pengsan..

@LAST DAY

-weeee....nak balik dah...eh bukan ke patut sedih...haishhh...
kalo sari mungkin sedih..kalo 3 ari korang rasa patutkah???
ahhhh....shopping time~(tapi pic xda..hukhukhuk)
jommmm....
sebelom balik amik mood kat swimming pool otel dulu..hahaha..sebab ada orang tu kempunan nak mandi..






penat dah jalan-jalan nak balik dahhhhhhhh....
yessssss...akhirnya....




_
-
-
-
-
-
-
~TAMAT~

P/S::tq very much utk mama&bapa for the voucher..my besties NANA coz jd tour guide kami..MYBOO layan kerenah ngada2 aku hahahaha..and coustemer aku yang xbenti2 oder barang sepanjang aku berada di Langkawi....weeee...