"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"

Tuesday, May 24, 2011

DugaaN

Assalamualaikum~

hai..hai..hai...ceh kenkonon nak wat ceria...hahaha
bila dah gosip ramai2 ni macam2 cite kau boleh dengaq okeh...
aku ni bukan la kaki gosip sangat tapi dah tengok macam excited orang bercerita..why not aku join sekaki...muahahaha...mana tau boleh kongsi tips..ahhh...whatever nak cakap aku suka ngumpat la tu kan...
dan
paling kerap aku dengaq cite DUGAAN MASA TUNANG...jadi aku xleh nak bagi TIPS or KONGSI sebab masa aku tunang dulu xsempat nak terduga pun..huhuhu...bukan nak belagak ok...aku tunang pun dalam 5 bulan camtu ja...masing2 sibok buat persiapan mana nak sempat terduga gitu...
so nasihat aku jangan bertunang lama-lama...:))

jadi aku menggoogle ni untuk tatapan korang yang bakal or sedang bertunang...
kita tengok dulu definisi bertunang di sisi agama Islam. Siapakah sebenarnya kita panggil telah bertunang?

pertunangan adalah ikatan antara lelaki dan perempuan yang juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita tersebut. Meskipun begitu, di dalam ikatan ini, tiada hak tercetus di antara pasangan ini kecuali hak bagi seorang lelaki itu melamar perempuan tersebut dengan harapan, tiada lelaki lain yang akan meminang (atau memohon untuk berkahwin) perempuan tersebut. Kebanyakan para ulama mengatakan hukum bertunang adalah diharuskan atau dibolehkan.

Datang pula persoalan, berapa lamakah sepatutnya pertunangan berlangsung? Jumhur ulama mengatakan bahawa tempoh pertunangan hendaklah tidak dilamakan atau sebaiknya dipercepatkan.

Maka jelaslah, agama Islam amat menitik beratkan akan perkahwinan dan pertunangan menjadi pintu gerbang ke arah perkahwinan dengan masih menetapkan syarat-syarat penjagaan akidah dan iman seorang muslim. Dengan itu pertunangan tidak menghalalkan persentuhan antara pasangan, tidak menghalalkan zina dan tidak menghalalkan khalwat. 

Rata-rata berkata, apabila mereka bertunang, barulah merasakan betapa seriesnya hubungan mereka dengan pasangan dan betapa komitednya pasangan mereka dengan diri mereka.
Tidak hairanlah ketika pertunangan berlangsung inilah begitu banyak dugaan yang datang, begitu banyak perkara hendak diuruskan dan begitu panjang rasanya masa untuk menanti perkahwinan.
Dari sudut perkahwinan, pertunangan merupakan laluan terpenting sebelum tiba di jeti perkahwinan. Begitu berolak, begitu juga kemudian yang perlu dibetulkan agar perkahwinan tercapai.
Perkahwinan bukanlah hanya suatu majlis tetapi suatu ibadah yang sangat tinggi nilainya. Sehinggakan Allah mengurniakan berlipat kali ganda kebaikan bagi mereka yang berkahwin. Dan perkahwinan itu melengkapkan separuh iman seseorang lelaki.

Apapun dugaannya, tentu hikmahnya ada. Sedar tak sedar, selepas sehari atau seminggu atau sebulan, atau setahun atau mungkin selepas anak ke 10 baru sedar dan insaf akan hikmahnya.
Teruslah bersabar kerana setiap dugaan dan cabaran membuatkan kita lebih matang dan lebih berkeyakinan.

jadilah umat yang bijak dalam membuat sebarang keputusan..jangan mengikut emosi semata-mata..
sebab dugaan masa berkahwin lagiiiiiii banyakkkkkkkkkkk.....

tapi kalo setakat dugaan masa bercinta tu..kalo banyak cengkadak sangat sila pertimbangkan semula untuk buat bini/laki...hahahaha...jahat gila kau...bukan apa..supaya tidak menyesal dikemudian hari...
aku dulu pun banyak cengkadak nasib BOO sabaq...muahahaha..
kalo tak kertu la jawabnya...

nak jugak tempek muka kat sini walaupun xda kena mengena ngan tajuk...hahahaha
nak tunjuk kami yang semakin sehat...xdaya nak diet dah...heheh

3 comments:

Sharifah Aniza Ali said...

ha jgn btunang lama2...ni ckp based on pengalaman..hhuhu..

eh dak la..mksud cek kn yg mcm mieza wt kt gmbaq ada http://...... tuuu...

Unknown said...

Good en3 :)

Pn.Mieza Fadzly said...

@cpah::edit2 ja..kat photoscape

@wan::hahaha..tunjuk ajarku sifu...