"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"

Friday, December 9, 2011

Jadilah ISTERI @ SUAMI,SAHABAT,KEKASIH dan BELAHAN JIWA..

Assalamualaikum...



Cerrr tengok tajuk entri nu dulu..kehkehkehkeh..dah lama mak tak bermadah ye anakanak..:P maklumla sekarangkan musim orang mengawan..muahahahaha...esok saja ada tiga kenduri nak kena attend..apaapa pon aku doakan korang bahagia dunia dan akhirat yerrr...selamat datang ke alam rumahtangga yang penuh dengan pahit manis maung kelat segala-galanya laaaaa...


Ingat cuba menjadi isteri @ suami yang terbaik walaupun kita takkan dapat menjadi isteri @ suami yang sempurna..;)) sesapa yang tak kawen lagi cepatcepat lah..dapat pahala nih..muahahahah...tak caya meh tengok ni aku copy tadi..heheiks


saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
... renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!(nok kabo bnyaknya pahala)
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!....
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!..

haaaaaaaa cane???p ajak BF korang kawen pat!!ehhh..jaoh tersasar dari tajuk pulak..mehmehmeh nak cite bab tajuk diatas..dah lama tak menhupdate terus jadi gila keybod pulaks..mueheheheh...redo jelah..perangai keji tak abesabes...ok macam ni..
korang  bukan hanya ditakdirkan menjadi suami atau isteri tetapi lebih dari itu, korang juga harus menjadi sahabat, kekasih dan belahan jiwa jadi dengan bukan hanya sebagai isteri tapi juga sebagai sahabat, kekasih dan belahan jiwa maka bila hidup bersama akan terasa indah, baik sesudah dan seperti sebelum menikah.

Mengapa tidak hanya menjadi suami atau isteri tetapi harus menjadi sahabat, kekasih dan belahan jiwa????

Dengan menjadi SAHABAT, dalam perhubungan diharapkan kita boleh saling terbuka membicarakan masalah yang dialami secara "blak-blakan" tanpa rasa segan, prasangka dan saling mempercayai.

Lihatlah kehidupan dalam persahabatan, mereka hidup berjauhan tetapi boleh saling bertemu untuk meneguhkan dalam pembicaran, sharing dan bahkan adu pendapat tetapi tetap saling membangun kerana ada kepercayaan bahwa apa yang "perdebatkan" demi kebaikan dan hasil dari "perdebatan" tidak mempengaruhi persahabatan.

Sahabat adalah relasi yang saling membangun, meneguhkan dan banyakkan menegur agar kebaikan dicapai.

Jika suami isteri boleh hidup sebagai SAHABAT maka pertengkaran pasti akan dapat diselesaikan dengan baik karena dalam persahabatan tidak mencari keuntungan sendiri.

Disamping sebagai sahabat dalam hubungan suami isteri juga harus sebagai KEKASIH.

Kekasih adalah masa sebelum ada ikatan dalam perkawinan atau masa bercinta.

Jika suami isteri hidup sebagai kekasih, maka kerinduan selalu ada dan keinginan untuk bertemu selalu "menghantui" bahkan akan terasa sepi jika tidak ada relasi diantara berdua.
Kekasih selalu akan nampak baik dan indah kerana disana selalu dipenuhi oleh cinta yang membara.

Jika dalam perkawianan "sifat" percintaan sebagai kekasih ada maka kebaikan pasti selalu ada kerana setiap dari mereka tetap menjaga untuk selalu rukun dan saling belajar untuk melengkapi satu dengan yang lainya bahkan dalam banyak masalah selalu dibicarakan dalam suasana yang mesra kerana takut saling menyakiti.

Maka selalulah memandang isteri atau suami adalah sebagai kekasih hati dan selalu menjadikan mereka sebagai yang paling berharga.

Setelah sebagai sahabat dan kekasih, jadikan suami atau isteri anda sebagai BELAHAN JIWA.

Jika orang memperlakukan isterinya sebagai belahan jiwa maka "ketergantungan" akan selalu ada dalam diri mereka bahawa tanpa suami atau isteri maka akan ada hal yang kurang bahkan hidup menjadi tidak sempurna.

Jadi tanpa kehadiran isteri atau suami hidup seperti burung yang kehilangan sayap hingga tidak boleh bergerak dengan bebas bahkan lama-kelamaan mati.

Belahan jiwa adalah inti peranan paling UTAMA dalam setiap perkahwinan.

Dengan berani menjadikan isteri atau suami sebagai belahan jiwa maka dapat dipastikan kehidupan bersama akan menajadi lebih baik karena mereka tidak akan saling menyakiti tetapi saling menjaga dan menyempurnakan.

Maka selalulah memandang isteri atau suami sebagai belahan jiwa
Suami atau isteri adalah separuh dari nyawa/kehidupan mareka yang telah menikah.

Maka jika ada masalah dalam keluarga, ingatlan ikatan pernikahan Anda dimana hati Anda telah dibelah dan separuh dari hati Anda dikorbankan kepada Allah dan diganti dengan separuh hati pasangan Anda.

Jika peranan suami atau isteri telah dilengkapi dengan peranan sebagai SAHABAT, KEKASIH dan BELAHAN JIWA, maka perkahwinan akan terasa indah dan menyenangkan.

Selamat membangunkan keluarga berdasarkan peranan sebagai suami atau isteri, sahabat, kekasih dan belahan jiwa.

Aku berdoa untuk kebaikan keluarga Aku dan korang!!

Jika ada masalah selalulah ingat kalau Anda sedang bersama dengan sahabat Anda, kekasih Anda dan bahkan Jiwa Anda sendiri.
Tanpa isteri atau suami hidup akan menjadi sangat berbeza bahkan menjadi sangat menderita.
Salam dalam cinta membangunkan keluarga sebagai ISTERI atau SUAMI, SAHABAT, KEKASIH dan BELAHAN JIWA.


SUAMI, SAHABAT, KEKASIH dan BELAHAN JIWA KU. :))