"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"

Monday, June 11, 2012

Buah dari Tanah SUCI

Assalamualaikum..



Alhamdulillah MIL FIL n GIL dah selamat sampai ke tanah air hari sabtu yang lepas..semua sihatsihat belaka..biasalah kalau batukbatuk demamdemam sakit tekak perubahan cuaca kan..terus tanam azam dalamdalam nak pegi umrah..weeehuuuu..kumpul duit lajulaju lah BoO yea..i tak boleh laju kang yang dikendong berciciran..bhahahaha..okeyyyy aku penah bagi tahu dekat entri lepas pasal something yang kami titipkan dari Tanah Suci kans??nak tahu ke tidakkkkkkkk..tetap nak bagi tau!!something itu ialah......scroll drum dulu...
-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

tadaaaaaaaaaaa



 Buah Zuriat =)


Aku dapat tau pasal buah ni pon dari sumbersumber yang boleh dipercayai..cewahhh..no lah aku search je kat tenet..meh nak kongsi sikit khasiat buah zuriat ni..Bila sekali pandang, tengok buah zuriat ini seperti buah pinang pula. Warnanya coklat pekat, bersabut, ada isirung dan isi putih.Sebenarnya buah zuriat ini juga dikenali dengan panggilan buah adam / buah hawa /buah zuriattin / buah koka. Nama saja yang berbeza namun merujuk kepada buah yang sama. Buah zuriat ialah buah yang berasal daripada pokok koka. Bila sebut sahaja perkataan Koka, mesti ramai tahu..Diringkaskan dan mudah faham, 'buah zuriat' ni iaiah buah untuk mereka pasangan suami isteri yang tiada atau sudah lama tiada(ingin menanbah) anak/zuriat setelah lama mendirikan rumahtangga. Tapi ye lah kan, kita hanya mampu berusaha, selebihnya ditangan yang Maha Kuasa..Insya'allah..Jom kita baca dan kongsi info/khasiat/cara/tips bagaimana nak makan buah zuriat nie.


#Khasiat Buah Zuriat.
Buah zuriat ini dikatakan amat berkhasiat. Khasiatnya (dengan izin Allah SWT) adalah dapat menyebabkan kehamilan dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan.
Saiz buahnya sebesar buah ciku tapi rupanya macam buah kurma. 
Kulitnya adalah amat keras. Kalau nak pecahkan memang kena menggunakan bantuan dan kudrat orang lelaki dengan sebilah parang. Rupa dalamnya pula macam sabut kelapa. 



 auwww babahku yang seksi mengopek buah tersebut..leviu abah!!






hasilnyaaaaa.....



#Macamana nak dapatkan buah zuriat.
Di mana nak dapatkan buah zuriat? Nak beli buah zuriat di mana? Ia hanya boleh didapati di Jabal Uhud, Jabal Rahmah dan gua Hirak. Di situ saja yang ada buah nie. Harganya stidak pasti.Kalau nak, kenalah minta tolong kepada sesiapa yang hendak mengerjakan haji atau umrah untuk belikan.
 
#Kaedah dan Cara Makan Buah Zuriat
Terdapat beberapa cara makan buah zuriat yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencubanya iaitu :-

1.Cara Pertama
-Caranya ialah dengan menggunakan sudu lalu di ketuk-ketuk pada sekitar dinding buah zuriat (tak perlu di belah) bagi melembutkan kulitnya, seolah-olah seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.

2.Cara Kedua
-Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan buah hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Selepas direbus, buah zuriat ini kemudiannya dibelah menjadi dua bahagian bagai pinang dibelah dua (hehe), dan ingatkan sekali lagi bahawa buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Anda di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum oleh suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah zuriat yang baru. 






isi dia keras!!aku try gigit..erkkkk boleh patah gigi oi...






periuk mak ai noxs..antik..bhahahaha


#Tips-tips.
1. Sebelum minum air rebusan, bacalah bismillah diikuti petikan ayat 38 daripada al Imran sebanyak 3 kali: 
“RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA”. Maksud Ayat: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” ayat 38, surah Ali-Imran.

2. Air rebusan buah zuriat boleh diminum pada bila-bila masa sahaja, malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit, Insya Allah akan menyembuhkan lenguh dan terasa kelegaannya


 
air rebusan =)
rasa macam roti..ngehehehe...



makan semua ni dengan harapan fasih berbahasa ARAB..;p














~okbai~










p/s::Kata orang kita hanya berusaha Tuhan yang menentukan semua.. jangan berhenti dari berusaha disusuli dengan berdoa kepada yang maha Esa.Nak seribu daya, Doa Yakin dan Usaha, pasti temui jalan penyelesaiannya, atau mungkin ada hikmah disebaliknya.Doakan kami =)

2 comments:

Hasrina said...

wah... first time dengar ni.

Pn.Mieza Fadzly said...

kannn..ni pon puas search baru tau =)